Mutiara Kata

Kamu apa yg keluar dari mulutmu. Nilai dan kualiti boleh diketahui dari bahasa yg keluar dari mulut. Kalau ia BERIMAN & BERILMU, maka yang keluar HIKMAH, SOPAN, MULIA, BAHASA TERSUSUN, SEJUK, MENYEDARKAN, Kalau lemah Iman & ilmu maka yg keluar DUSTA, GOSIP, HUJATAN dan sebagainya. Disebut BERTAQWA kerana LISANNYA MULIA (QS70:71).."Siapa yg beriman kpd ALLAH & Hari Akhirat,hendaklah berkata baik,benar,jujur,sopan kalau tidak DIAM."(Hadis) ---disampaikan oleh (Ustaz Arifin Ilham)
Orang yang beriman sentiasa cuba melindungi aib seseorang dan menasihatinya, manakala orang yang 'fajir' atau fasiq itu sentiasa suka mencari keaiban, kelemahan orang lain & menyebarkannya secara terbuka.
-- Facebook Uztaz Zaharuddin

Followers

Monday, April 16, 2012

Kenapa sampai dua Ipin? Kemana hilangnya Upin?

Biasanya bia ada Ipin mesti ada Upin tapi kenapa Ipin sampai jadi dua, kemana perginya Upin?


Tengah-tengah mengemas terjumpa dua anak patung ni satu kat belakang bantal, satu lagi ada kat tepi katil. Lepas tu terlintas pulak idea nak ambik gambar kenang-kenangan dua anak patung ni. Memang janggal sikit sebab biasanya Upin diganding dengan Ipin tetapi kali ni Ipin dengan Ipin, kemana pua hilangnya Upin?


Sebenarnya kedua-dua anak patung ni milik anak bongsu saya. Kenapa sampai dua patung Ipin? Sebabnya satu lagi tu standby mana tahu terhilang , susah pulak nak cari ganti. Anak bongsu saya ni kemana-mana mesti dekat dengan dia nak kena ada patung Ipin ni. Kalau berjalan keluar pun mesti kena bawa patung Ipin ni sekali. Hatta nak tidur pun mesti nak peluk patung Ipin ni. Begitulah kisahnya rapatnya persahabatan anak saya dengan patung Ipinnya.


Pasti ramai yang pernah menonton cerita kartun Ipin dan Upin kan... Pada saya cerita kartun Ipin dan Upin ni banyak kebaikannya dan sangat sesuai ditonton budak-budak. Antara nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kartun ni adalah seperti menghormati guru, bekerjasama dalam satu kumpulan, nilai-nilai harmoni antara kaum, dan banyak lagi. Apa yang paling saya suka kartun ini bayak juga menerapkan nilai-nilai keislaman.  Semoga banyak lagi kartun-kartun berkonsepkan pendidikan seperti Ipin dan Upin ini di masa akan datang untuk mendidik generasi anak-anak kita dengan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia. 


Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...