Mutiara Kata

Kamu apa yg keluar dari mulutmu. Nilai dan kualiti boleh diketahui dari bahasa yg keluar dari mulut. Kalau ia BERIMAN & BERILMU, maka yang keluar HIKMAH, SOPAN, MULIA, BAHASA TERSUSUN, SEJUK, MENYEDARKAN, Kalau lemah Iman & ilmu maka yg keluar DUSTA, GOSIP, HUJATAN dan sebagainya. Disebut BERTAQWA kerana LISANNYA MULIA (QS70:71).."Siapa yg beriman kpd ALLAH & Hari Akhirat,hendaklah berkata baik,benar,jujur,sopan kalau tidak DIAM."(Hadis) ---disampaikan oleh (Ustaz Arifin Ilham)
Orang yang beriman sentiasa cuba melindungi aib seseorang dan menasihatinya, manakala orang yang 'fajir' atau fasiq itu sentiasa suka mencari keaiban, kelemahan orang lain & menyebarkannya secara terbuka.
-- Facebook Uztaz Zaharuddin

Informasi Perniagaan

Tuesday, May 15, 2012

Sedekah Sebagai Pembuka Pintu Rezeki




Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.


Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261) 

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.”(Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah. 

Sumber Rujukan:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Air susu ibu (1) akhlak (2) aktiviti perniagaan (9) Al-Waqiah (1) anak yatim (1) Angular Stomatitis (1) Ao Nang (2) Azlan Deraman (1) Bangkok (2) Bayview Hotel (1) Benguk (1) Berita Dunia Perubatan (1) Betong (1) Bio Aura (1) Blogger (2) Buasir (1) bunga (1) Cacar air (1) Calvin Thoo (1) CBC (6) CDM Siti Rohana (1) cerita pengajaran (1) Champions League. (2) Chelsea (3) chicken pox (1) Coretanku (27) Coxsackievirus (1) Dacrocystitis (1) dakwah (1) dandelion (1) demam campak (1) Diamond Night 2012 (1) Dr Mohd Hafiz Bin Osman (2) dunia fotografiku (12) Dysmenorrhea. (1) e-ciggaretes (1) Enthusiasm (1) Fatwa MLM (1) fesyen designer (1) Fiber (1) FIR (1) fish oil (1) Ghibah (1) Guangzhou (5) Hai-O Marketing (1) Hai-O Marketing SDN BHD (28) Haji (2) Hari Raya Aidil Adha 1433 H (1) Hemorrhoid (1) HFMD (1) hobi (3) hormon (1) ibu (1) Idola (1) Ilmu Perniagaan (8) ilmu produk (3) Info Kesihatan (22) Info Perniagaan (1) Info Produk (6) inspirasi (4) Internet (1) Ipin dan Upin (1) Islam (2) James Bond Island (1) Jose Maurinho (1) Jualan Langsung (2) kawasaki (1) Keperibadian dan personaliti (1) Keyboard Warrior (1) kisah inspirasi (2) kitaran haid (1) Komunikasi (1) korset premium beautiful (3) Kota Bahru (1) Krabi (3) Kumpulan B32 (1) La Praise (1) Lactolite (2) lompat si katak lompat (1) London (1) Luminez (1) Majlis Anugerah SM dan SSM (2) maulidurrasul (2) measles (1) Mekah dan Madinah (1) menstruasi (1) mlm (5) Motivasi (31) multi-level marketing (3) Multilevel Marketing (2) Mumps (1) Mutiara Kata (2) nasihat (2) Opini (4) panel syariah (1) Paris (2) penapis air (1) Pengajaran dari Al-Quran (1) Pengetahuan Umum (1) Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (1) penyakit-penyakit di klinik (1) permata (1) Perniagaan Islam (5) Phanga Bay (1) Phi Phi Island (1) Pisang (1) potensi diri (1) Probiotic (1) Probiotik (1) pubmed (1) Pulau Pinang (2) Ramadhan (1) Ramadhan 2012 (1) rezeki (1) Rokok Elektrik (1) Rumah Amal Baitul Rahmah (1) Saigon (1) Scarlet Fever (1) segmen (1) Sekuriti Patuh Syariah (1) Selamat Hari Raya (1) Selamat Tahun Baru Cina (1) selawat (1) Self Improvement (2) seminar (2) senggugut (1) Shanghai (1) Shenzen (1) Siti Rohana Yusoff (1) solat khusyuk (1) Statistik Industri MLM (1) Sukan Bola Sepak (1) Summit Hotel (1) Superbike (2) susu ibu (1) syria (1) Tanjung Malim (1) tazkirah (22) tekanan darah tinggi (1) Tempat Pelancongan (3) Thailand (3) The Special One (1) tips berguna (2) tips perniagaan (12) Tokoh (1) Trip Melancong (13) Tut Tut (1) TYMG (2) Ukhuwwah Islamiyah (1) Umar Al-Khattab (1) Ustaz Mohammad Asraff Ayob. (1) varicella -zoster (1) Vietnam (1) Vitamin B12 (1) Wan Kendong (1) z1000sx (1) Z1000sx kuning (1)