Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu disertai kenaikan harga barang yang tidak seiring dengan pendapatan membuatkan bidang perniagaan MLM semakin berkembang dan diminati kerana ianya dapat menjadi sumber pendapatan yang kedua. Tambahan pula perniagaan MLM ini dapat dilakukan secara part-time. Secara tidak langsung dapat menampng beban ekonomi rakyat saat ini.
 |
| Ustaz Zaharuddin Abdu Rahman merupakan tokoh kewangan Islam Malaysia yang banyak mengupas tentang MLM Syariah namun tak ramai Ustaz lain yang memiliki kapasiti seperti beliau. Jumlah Ustaz yang berilmu ekonomi seperti beliau sangat kurang jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan syarikat MLM yang ada di Malaysia. |
Memandangkan perniagaan MLM ini melibatkan ramai orang Islam maka saat ini semakin berkembanglah isu-isu berhubung halal dan haram dalam perniagaan MLM ini. Dalam entri kali ini saya menyentuh terlebih dahulu tentang hukum asal kepada perniagaan MLM ini sebagai permulaan. Tulisan di bawah ini adalah penulisan dari Tuan Haji Zaharuddin Bin Muhammad yang merupakan ahli penasihat syariah HSBC Amanah Takaful.
---------------------------------------------------------------------------------
HUKUM ASAL MLM
Hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktor-faktor yang mengharamkannya. Dalil kepada harusnya muamalat ini berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. :
هُ ﻮَ اﻟﱠﺬِي ﺧَ ﻠَ ﻖَ ﻟَ ﻜُ ﻢْ ﻣَﺎ ﻓِﻲ ا ﺟَ ﻤِ ﻴ ﻌً ﺎﻷَرْ ضِ
Maksudnya : Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. -(AlBaqarah : 29).
Dari sini lahirnya kaedah yang berbunyi:
ا ﻷَﺻْﻞُ ﻓِﻲْ ا ﻷَﺷْﻴَﺎْ ا ﻹِءِ ﺑَﺎْﺣَﺔُ
Maksudnya: Hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus.
Berdasarkan kepada kaedah ini, hukum asal sistem dan konsep MLM adalah harus selama mana tidak terdapat faktor-faktor yang mengharamkannya. Justeru itu, untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai haram mestilah bersandarkan kepada dalil. Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram, maka selama itu muamalat tersebut kekal harus.
Dengan kata lain, keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan kepada dalil, sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan sandaran kepada dalil yang kuat, seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba di dalamnya di mana riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama. Berdasarkan kaedah syariat, pengharaman sesuatu yang asalnya harus tidak boleh bersandarkan kepada hukum khilafiah, kecuali ketika penggubalan undang-undang.
Contohnya, jika ulama khilaf berkenaan dengan Ghabnun dan 'had maksimum keuntungan', maka kita tidak boleh mengharamkan MLM disebabkan harganya yang tinggi berbanding barangan lain. Oleh itu, untuk mengukur sesuatu muamalat halal atau haram memerlukan kepada:
1. Memastikan benar-benar terdapat unsur haram di dalamnya seperti pemastian bonus yang diagihkan berasaskan kepada perjudian yang akhirnya menyebabkan muamalat tersebut haram.
2. Unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariat. Seperti unsur riba, unsur perjudian, unsur kezaliman dan sebagainya. Sebaliknya, tidak boleh kita menghukumkan haram sesuatu muamalat jika ia bersandarkan kepada unsur yang khilafiah dari sudut halal dan haram seperti muamalat yang berasaskan kepada bai' 'inah, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.
Sumber Rujukan: