Mutiara Kata

Kamu apa yg keluar dari mulutmu. Nilai dan kualiti boleh diketahui dari bahasa yg keluar dari mulut. Kalau ia BERIMAN & BERILMU, maka yang keluar HIKMAH, SOPAN, MULIA, BAHASA TERSUSUN, SEJUK, MENYEDARKAN, Kalau lemah Iman & ilmu maka yg keluar DUSTA, GOSIP, HUJATAN dan sebagainya. Disebut BERTAQWA kerana LISANNYA MULIA (QS70:71).."Siapa yg beriman kpd ALLAH & Hari Akhirat,hendaklah berkata baik,benar,jujur,sopan kalau tidak DIAM."(Hadis) ---disampaikan oleh (Ustaz Arifin Ilham)
Orang yang beriman sentiasa cuba melindungi aib seseorang dan menasihatinya, manakala orang yang 'fajir' atau fasiq itu sentiasa suka mencari keaiban, kelemahan orang lain & menyebarkannya secara terbuka.
-- Facebook Uztaz Zaharuddin

Followers

Tuesday, January 8, 2013

Konvoi Bersama CBC ke Pulau Pinang- Bahagian 1

Alhamdulillah pada 6-7 Januari 2013 baru-baru ini  program konvoi  oleh CDM Bikers Club dapat direalisasikan dengan jayanya sebagai pembuka tirai 2013. Konvoi KL-Penang-KL ini disertai lapan orang bikers CBC yang bertolak dari Kuala Lumpur iaitu Bro Cschan, Bro Azlan Deraman, Bro Khairol , Bro Azhan Fahmi, Bro Zamri, Bro Abu Hassan Shauki, Bro Ramzi Abdul dan saya sendiri.



Program bermula dengan berkumpul dan bersarapan bersama di NZ Curry House  Mutiara Gombak. Sekitar jam 10 pagi kami diiringi dua lagi anggota CBC yang tak dapat menyertai sampai Pulau Pinang iaitu Bro Roslan Halban dan Bro Badrol mula bergerak menuju ke Lebuhraya Plus KL-Ipoh -Pulau Pinang melalui DUKE. 


Cuaca sangat cerah sehingga perjalanan kami dari Kualau Lumpur ke Pulau Pinang terasa sangat cepat dan kami singgah di tiga perhentian sahaja iaitu Perhentian Bikam ,Perhentian Simpang Pulai untuk mengisi minyak dan Perhentian Juru. Perjalanan yang diketuai oleh Bro Khairol selaku marshal akhirnya sampai di Juru pada pukul dua tengah hari dengan rata-rata kelajuan di Highway antara 150-160km/jam. Di sinilah kami bergabung dengan Bro Ghadafi (CBC Utara). Dari sini kami menuju ke Bukit Jambul Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang. 

Di Bukit Jambul kami menikmati hidangan tengah hari lauk kari kepala ikan. Memang mantap hidangan oleh Restoran Kayu Nasi Kandar. Setelah kenyang dalam pukul empat petang kami menuju ke Hotel Bayview Batu Feringgi melalui Bayan Lepas. Perjalanan ke hotel adalah antara paling mencabar kami lalui kerana terpaksa naik bukit dan turun bukit dan melalui pula jalan bengkang-bengkok Teluk Bahang. 


Kami akhirnya tiba di Hotel Bayview Batu Feringgi sekitar jam lima petang. Beberapa sahabat-sahabat CBC ambil peluang untuk berehat dahulu sebelum memulakan program di sebelah malam, ada juga yang dapatkan perkhidmatan berurut dan ada juga yang pergi minum teh tarik.



Sebelah malam dengan menaiki van kami menuju ke Padang Kota Lama untuk menikmati makan malam. Kami kemudian bersiar-siar mengelilingi bandar Georgetown ambil angin dan sebelum pulang hotel kami sempat singgah ke restoran mamak sekali lagi untuk menikmati teh tarik dan kari kepala ikan. Dalam jam 2 pagi kami pulang semula ke hotel untuk berehat sebelum memulakan semula aktiviti esok pagi.

Sambungan: 

www.drhafizosman.com/2013/01/konvoi-bersama-cbc-ke-pulau-pinang_9.html



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...